Rabu, 11 Januari 2017

iCompEx'17 PoliMas

iCompEx merupakan akronim kepada “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” sebagai satu jenama pertandingan untuk mempamerkan penghasilan projek pelajar dan produk penyelidikan yang berkualiti. 

iCompEx mula digerakkan pada awal tahun 2013 dan pada tahun 2014 telah berjaya menarik sebanyak 650 penyertaan yang melibatkan penyertaan di peringkat dalaman, beberapa politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan/Swasta dan sekolah. iCompEx’15 berjaya menarik penyertaan yang lebih ramai dan diikitiraf “The Malaysia Book of Records for organising the Largest Participation in a Innovation and Invention Competition”. iCompEx’17 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Mac 2017 ini merupakan kali kelima penganjurannya. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini diharapkan menjadi platform terbaik mengenengahkan idea untuk dimajukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan